Assalam alaik :) semoge korang tetap cun + hensem seperti mane aku jumpe korang baru2 nih.
Hri ni aku nk share ckit psal Tanggungjawab.
Pernah x korang pegang ape2 jawatan sprti Pngawas,Ktua unit atopun ktua kumpulan? Msti pernah kan?kan?Mse korang pegang tittle tuhh, ape perasaan korang?adekh Happy, excited, shock, ato bagaimane?
Sbnrnye, saat kiter dlantik mmgang sesuatu jawatan, maka peganglah oleh kiter satu tnggungjawab.haa, nmpk je satu tggungjwb tp beratnye tggungjwb tuhh, hnye Allah yg Maha Mengetahui.
Dengan demikian, sebahagian besar daripada tanggungjawab pemimpin itu
adalah untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat.
Jika kita menganggap jawatan kepimpinan sebagai satu keistimewaan,ia amat bimbang krane boleh menjejaskan tumpuan dalam memberi
perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.
pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai kepimpinan yang diriwayatkan oleh:
Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Mafhumnya: “ Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”
Berdasarkan hadith ini, Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat (khadim) kepada rakyat untuk mentadbir urusan umat. Persoalan besar timbul di sini ialah apakah hak-hak umat terhadap pemimpinnya?.
ramai yang tnye kt ak tntg hak2 rakyat trhdp pmimpin, n ade yg ak mnjwb, x dpt mmnuhi prmintaan.so,ak mtk maaf n ak hrp pnjlasan ak kali ni dpt mnmbh + memntpkan lg pngtahuan kiterr sumerr,
Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:
“ Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”.
see? rkyat mempunyai hak utk mngur pmimpin andai pmimpin mlakukn ksilapan.kerane pmimpin juge manusie.n manusie memg x lari dri mlakukn ksilapan,kan?
Seorang
pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh
melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang
pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan
menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan
adil dan saksama.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa
yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum
Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau
menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak
melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)
sudah menjadi hak masyarakat untuk dididik dan dibantu oleh pemimpin
begitu juga menasihati dan menegur mana-mana pemimpin yang terlanjur
dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah
kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum
Muslimin dan sekalian rakyatnya. Masyarakat dan rakyat hendaklah
mentaati pemimpin dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan
hendaklah bersedia membantu dalam melaksanakan program-program
pembangunan dan kebajikan.
Seorang
pemimpin hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap perbagai
manusia yang keluar masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya,
lantaran itu hendaklah ia mengambil penasihat-penasihat dari kalangan
orang-orang yang baik-baik, ikhlas lagi dipercayai dari kalangan ulamak
dan orang yang bijak pandai.
Rasulullulah saw pernah mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud; ‘Tidak
ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin
yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; teman
rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu
mendorongnya untuk berbuat baik sedangkan teman yang satu lagi
menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan.
Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat jagaan dan
pemeliharaan daripada Allah swt.’ (Sahih Bukhari)
Seorang
pemimpin hendaklah bersikap jujur dan mesra dengan masyarakat atau
orang bawahannya serta memberi layanan yang adil kepada semua tanpa
memilih kasih.
Pemimpin
yang baik ialah pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang
bawahannya. Oleh itu seorang pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan
masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang
melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka. Ingatlah sabda
Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi
pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta
bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan
itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi
hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan
menunaikan kewajipannya’.
jadi ini lah serba sedikit y boleh ak share tntg tggungjawab ni. Sjujurnye sangt berat pikul tggungjwb.
Kepimpinan adalah Tanggungjawab bukan keistimewaan.
Ia juga merupakan amanah dari Allah.
Kepada korang2 yang memegang tanggungjawab ni, peganglah ia sebaek mungkin.
ok!
inilah perkongsian aku untuk kali ni. Terimakasehsayang sebab korang sudi meluangkan minit2 utk membace entry aku.Semoge mendapat ilmu yang bermanfaat.
semoge brjumpe di laen hari. wasalam~
(*hadoyy. kopi dah sejukk lerr )
No comments:
Post a Comment