Wednesday 26 December 2012

all about leader~



 
Assalam alaik :) semoge korang tetap cun + hensem seperti mane aku jumpe korang baru2 nih.
Hri ni aku nk share ckit psal Tanggungjawab.

Pernah x korang pegang ape2 jawatan sprti Pngawas,Ktua unit atopun ktua kumpulan? Msti pernah kan?kan?Mse korang pegang tittle tuhh, ape perasaan korang?adekh Happy, excited, shock, ato bagaimane?
Sbnrnye, saat kiter dlantik mmgang sesuatu jawatan, maka peganglah oleh kiter satu tnggungjawab.haa, nmpk je satu tggungjwb tp beratnye tggungjwb tuhh, hnye Allah yg Maha Mengetahui.

Dengan demikian, sebahagian besar daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat.

Jika kita menganggap jawatan kepimpinan sebagai satu keistimewaan,ia  amat bimbang krane boleh menjejaskan tumpuan dalam memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.



 pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai kepimpinan yang diriwayatkan oleh:

 Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Mafhumnya: “ Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”

Berdasarkan hadith ini, Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat (khadim) kepada rakyat untuk mentadbir urusan umat. Persoalan besar timbul di sini ialah apakah hak-hak umat terhadap pemimpinnya?.
ramai yang tnye kt ak tntg hak2 rakyat trhdp pmimpin, n ade yg ak mnjwb, x dpt mmnuhi prmintaan.so,ak mtk maaf n ak hrp pnjlasan ak kali ni dpt mnmbh + memntpkan lg pngtahuan kiterr sumerr,




Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:
“ Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”.

see? rkyat mempunyai hak utk mngur pmimpin andai pmimpin mlakukn ksilapan.kerane pmimpin juge manusie.n manusie memg x lari dri mlakukn ksilapan,kan?
 

 

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)
 
 
  sudah menjadi hak masyarakat untuk dididik dan dibantu oleh pemimpin begitu juga menasihati dan menegur mana-mana pemimpin yang terlanjur dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya. Masyarakat dan rakyat hendaklah mentaati pemimpin dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan hendaklah bersedia membantu dalam melaksanakan program-program pembangunan dan kebajikan.

 
Seorang pemimpin hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap perbagai manusia yang keluar masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya, lantaran itu hendaklah ia mengambil penasihat-penasihat dari kalangan orang-orang yang baik-baik, ikhlas lagi dipercayai dari kalangan ulamak dan orang yang bijak pandai.
Rasulullulah saw pernah mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud; ‘Tidak ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; teman rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu mendorongnya untuk berbuat baik sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan. Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah swt.’ (Sahih Bukhari)
 Seorang pemimpin hendaklah bersikap jujur dan mesra dengan masyarakat atau orang bawahannya serta memberi layanan yang adil kepada semua tanpa memilih kasih.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang bawahannya. Oleh itu seorang pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka. Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.
 
jadi ini lah serba sedikit y boleh ak share tntg tggungjawab ni. Sjujurnye sangt berat pikul tggungjwb.
 
 
 
Kepimpinan adalah Tanggungjawab bukan keistimewaan.
 Ia juga merupakan amanah dari Allah.

 
 Kepada korang2 yang memegang tanggungjawab ni, peganglah ia sebaek mungkin.
ok!
inilah perkongsian aku untuk kali ni. Terimakasehsayang sebab korang sudi meluangkan minit2 utk membace entry aku.Semoge mendapat ilmu yang bermanfaat.

semoge brjumpe di laen hari. wasalam~
 
 
(*hadoyy. kopi dah sejukk lerr )



 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 19 December 2012

iLmu utk diSHARE :)

Assalam alaik sumer :)

First,brsyukur kat tuhan sbb still bg kite chance utk hdup.(*say Alhamdulillah).Hri ni ak mndpt satu ilmu bru.Jd ak pon nk SHARE laa kt sini walopun korg dh thu.
Sayyidina Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:Perumpaan orang yang belajar ilmu kemudian dia tidak mengajarkannya adalah seperti seorang yang menyimpan khazanah dan kemudian dia tidak membelanjakannya(Tobarani:Targhib)

see? jadi kalo korang ade ilmu walopun ilmu tu nmpk mcm sikit, korang share lahh kt umat islam.apth lg,dgn zaman srba cnggih ni..dgn sklip mata je..korg boleh kongsi sprti post kat facebook, twitter. sape thu ilmu tu mmpu mnmbh iman seseorang ato mmpu mmbuat seseorg sedar drpd mlakukn something y mzmumah.kiter x thu,kan?kan?

Hum,hri ni ak nk kongsi pasal satu hadis y mncritakan tntg advantage of Al-Quran and zikr
"Ambil beratlah untuk membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah S.W.T.kerana sesungguhnya amalan itu akan menyebabkan namamu disebut-sebut di akhirat dan menjadi nur petunjuk untuk kamu di bumi"(Baihaqi)
 haa?apa macam?sbnrnye.kalo kiter mmbce al-Quran ato zikir.kiter akan dapat pahala.bukan tu je,kiter dapat menenangkan hati kiter.kalo kiter ade mase utk mnyanyi lagu2 jiwang,k-pop,oppa gangnam style.knp kiter xde mase utk mngaji?sdgkn mngji tu kalam Allah..hum,sbnrnye ak pon kdg2 hnyut jugk..yelahh.lgu2 ni kdg2 secocok ngn jiwa kiterr.tp sbnrnye,al-Quran tu the secocok one utk kiter.mybe sbb kiter agk malas utk mngaji ni sbb kiter x fhm ngn mksud ayat2 Allah. jd.antre tips supye kite meruntun jiwe saat bace kalam Allah ni.ak syorkan korg bace quran y ade translate.ha?kat kedai2 buku..konfem ade..x mahal pun..20-30 hingget je.(*alaa. buku kakinovel yang mncecah 30 hingget korang mmpu beli,xkan Quran sbijik pun x mmpu,kan?) So,renungkanlah hadis tu..kdg2 lagu ni bnyk masuk jiwe kite sbb syaitan duk usya hati kiterr.stakat dgr lagu utk relax skali kala,x pe lahh.ni smpai wajib dgr tiap2 mlm..tu y salah..sbnrye,Quran y ptut kiter dgr tiap2 malam.

ok! ak pon kdg2 hnyut sampai ke hulu jugk. jd, same2 lah kite ambk iktibar dri hadis ni. kalo nmpk ak truyung hayang.tampar je ak,ok!(*gune cotton bud jelah.jgn gune tgn ko pulak. hehe).n kalo ak nmpk ko trhuyung hayang.ak lempang ko,ok! Fair n square.(haha..gurau2)

smpai brjumpe lagi di kemudian hari brsme Aifa. wait for my next entry.
-wasalam- 
Al-Quran kareeem